Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

’Jual Sisa Dapat Duit’ Inisiatif Politeknik Kuala Terengganu Perkukuh Kelestarian Alam Sekitar

By 17 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini Aziz

KUALA TERENGGANU, 17 Dis (MalaysiaAktif) – Kempen pengumpulan minyak masak terpakai ‘Jual Sisa Dapat Duit’ bukan sahaja memberi pulangan kewangan malah memberi impak besar kepada alam sekitar, kata pensyarah selaku Penyelaras SmartGreen Politeknik Kuala Terengganu (PKT), Dr. Foo Jyy Wei.

Proses pengumpulan minyak masak terpakai dijalankan secara sistematik bagi memastikan sisa dapat dikitar semula dengan selamat dan berkesan.

“Melalui kempen ini, minyak masak terpakai dikumpulkan dan dijual pada harga RM2.80 sekilogram (kg) kepada Sally Global Enterprise mengikut harga semasa.

“Minyak masak terpakai yang dibuang ke dalam longkang boleh menyebabkan pencemaran air dan saliran tersumbat. Melalui kempen ini, kita bukan sahaja mengelakkan masalah tersebut, malah menukar sisa kepada sumber yang bernilai,” katanya, di sini hari ini.

Foo berkata inisiatif ini juga bertujuan memupuk kesedaran warga politeknik tentang kepentingan kelestarian dan tanggungjawab bersama dalam menjaga alam sekitar.

Minyak masak terpakai yang dibawa oleh peserta ditimbang dan direkodkan sebelum dikumpulkan sebagai sebahagian daripada Kempen ‘Jual Sisa Dapat Duit’.

‘Jual Sisa Dapat Duit’ dijalankan dua kali setahun dengan objektif menggalakkan pengurusan sisa secara bertanggungjawab dalam kalangan warga kampus sebagai salah satu inisiatif Kelestarian Institusi yang menyumbang kepada aktiviti hijau di PKT.

Sebanyak 186.10kg minyak masak terpakai telah berjaya dikumpulkan sebelum diproses semula untuk menghasilkan sabun dan makanan haiwan, sekali gus menyokong konsep ekonomi kitaran.

Kempen ini membuktikan komitmen berterusan PKT dalam menyokong agenda hijau dan memperkukuh amalan lestari dalam institusi pendidikan.

-RI

Tinggalkan komen anda