Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Titisan Darah Derma adalah Simbol Kemanusiaan – Ngwe

By 17 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: M Zakry Chan/ Facebook Ngwe Hee Sem

ALOR GAJAH, 17 Dis (MalaysiaAktif) – Setiap titisan darah yang didermakan adalah simbol nilai kemanusiaan, keprihatinan dan semangat kasih sayang yang mendalam.

Datuk Ngwe Hee Sem ketika menyampaikan ucapan perasmian

Exco Kesihatan Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Melaka Datuk Ngwe Hee Sem berkata sumbangan penderma bukan sekadar darah tetapi merupakan harapan, nafas baharu dan peluang kedua unu=tuk pesakit-pesakit yang kritikal.

“Bekalan darah yang mencukupi dan selamat adalah tunjang utama sistem kesihatan negara, tanpa keikhlasan dan konsistensi anda, mustahil kami dapat memastikan kelangsungan hidup ramai insan yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Derma Darah: Setitis Darah, Sejuta Harapan anjuran Ahli Lembaga Pelawat Hospital Alor Gajah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Alor Gajah, di sini hari ini.

Gimik perasmian Kempen Derma Darah Setitis Darah, Sejuta Harapan

Beliau berkata kempen berkenaan adalah relevan dengan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan budaya menderma darah terus subur dalam kalangan masyarakat.

Kempen itu juga katanya bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menderma darah selain mengajak orang ramai agar lebih berperanan aktif dalam usaha menyelamatkan nyawa melalui tindakan murni tersebut.

“Satu tindakan kecil seperti menderma darah mampu membawa harapan besar kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda