
Laporan/ foto: Nur Farhana Azman/ Facebook Fairul Nizam Roslan Along
JASIN, 22 Dis (MalaysiaAktif) – Program khatan beramai-ramai anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Asahan telah berlangsung dengan meriah di Sekolah Kebangsaan Asahan, semalam, dengan penyertaan ramai kanak-kanak dari sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

Fairul Nizam Roslan turut serta menyertai perarakan bersama peserta khatan perdana.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan, program sebegini membuktikan kerajaan terus komited dalam menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira had umur.
“Saya lihat anak-anak yang menyertai perarakan ini kelihatan ceria dan teruja, dan kemeriahan bertambah apabila mereka disiram pancutan air bomba, detik yang menghiburkan serta membantu menenangkan sebelum acara berkhatan dimulakan.

Fairul Nizam Roslan menitipkan bacaan doa kepada peserta
“Saya mendoakan agar anak-anak kembali pulih sepenuhnya selepas menjalani khatan dan kembali kepada rutin harian mereka dengan semangat yang baharu,” ujar beliau.
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa serta semua agensi yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program khatan perdana tersebut.
-AA-





