Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

SHMPP Krismas 2025: Situasi Menang-Menang untuk Peniaga, Pengguna

By 24 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

ARAU, 24 Dis (MalaysiaAktif) – Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025 adalah bersesuaian dengan keadaan semasa yang mewujudkan situasi menang-menang kepada pengguna dan peniaga.

Antara 14 jenis barangan kawalan dalam pelaksanaan SHMMP Krismas 2025.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis Rohaida Hassan berkata pihaknya telah mengenal pasti 14 barangan untuk kawalan harga termasuk daging kambing biri-biri, kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing) dan lobak merah (China).

“Selain itu, tomato, cili merah, lada benggala hijau, bawang merah besar, bawang kuning besar, ubi kentang import (China), kepak ayam, ayam tua hidup (Sarawak sahaja) manakala babi hidup (ladang sahaja), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak) hanya di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi Walkabout (jelajah mesra) yang bertujuan meninjau keberadaan bekalan barangan keperluan semasa musim perayaan di samping melihat aspek pematuhan oleh peniaga di salah sebuah pasar raya di Pekan Arau, di sini semalam.

Seorang pegawai penguatkuasa KPDN Perlis melihat tanda harga barangan keperluan harian di salah sebuah pasar raya.

Beliau berkata kerajaan berharap semua peniaga dapat mematuhi harga-harga yang telah ditetapkan dan menggunakan label merah jambu bagi barangan tersenarai.

“Pegawai-pegawai penguat kuasa KPDN seluruh Perlis akan ditugaskan di lokasi strategik seperti pasar awam, pasar basah, pasar tani dan pusat membeli-belah sepanjang tempoh skim berlangsung.

“Pihak pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama,” katanya.

SHMMP Krismas 2025 ini berkuat kuasa dari 23 hingga 27 Disember ini.

-RI

Tinggalkan komen anda