Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Produk Halal dan Tradisional Raih Rezeki Berganda

By 31 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Abdul Muiz (Cameron Highlands)

CAMERON HIGHLANDS, 31 Dis (MalaysiaAktif) – Produk halal dan tradisional yang dijual oleh peniaga tempatan di daerah ini terus mendapat sambutan apabila mampu meraih rezeki berganda sepanjang musim cuti sekolah.

Badri (kiri) dan adiknya Aidil sewaktu ditemui Malaysia Aktif

Aidilbadri Strawberries yang diusahakan oleh dua beradik, Ahmad Badri Jalaludin, 60, dan Aidil Adli Jalaludin, 48, mula beroperasi sejak tahun 2015 dengan matlamat untuk memperkenalkan produk-produk Muslim tempatan serta mewujudkan persekitaran mesra keluarga di lokasi pelancongan utama tanah tinggi ini.

“Kami bukan sekadar berniaga, tapi mahu pelawat merasai suasana kampung Melayu tradisional dan menikmati hasil bumi Cameron Highlands yang halal, bersih dan segar,” ujar Badri ketika ditemui MalaysiaAktif, di sini semalam.

Antara pilihan pengunjung jika berkunjung ke Cameron Highlands

Tambahnya lagi, kedai mereka menawarkan pelbagai produk tempatan termasuk buah strawberi segar serta produk berasaskan strawberi seperti jem, jus dan snek.

“Kami turut membantu merancakkan ekonomi komuniti setempat di mana kami bekerjasama dengan penduduk kampung dan suri rumah untuk memasarkan produk makanan tradisional serta hasil tani mereka,” ujarnya.

Terletak di Taman Sedia, kawasan ini merupakan satu-satunya perkampungan Melayu yang aktif dalam pelancongan komuniti di Cameron Highlands.

-AA-

Tinggalkan komen anda