Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kota Tinggi River Cruise Berpotensi Promosi Sejarah Johor – Mohamed Khaled

By 3 Januari 2026Januari 5th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ashikin Mustafa/Al-Tarmizi Azmi (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 3 Jan (MalaysiaAktif) – Kota Tinggi River Cruise merupakan satu inisiatif strategik yang berpotensi besar dalam mempromosikan warisan, sejarah dan budaya Johor.

Khaled Nordin meluangkan masa menaiki Kota Tinggi River Cruise, tarikan pelancongan terbaru daerah Kota Tinggi.

Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata terdapat pelbagai tinggalan sejarah yang boleh diterokai dan dijadikan tarikan pelancong termasuk makam Sultan terdahulu di sepanjang Sungai Johor yang menjadi saksi perjalanan kedaulatan dan warisan bangsa.

“Inisiatif perkhidmatan River Cruise ini bukan sahaja membuka ruang kepada penghayatan sejarah, malah berpotensi sebagai produk pelancongan berimpak tinggi yang mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian pada Program Sembang Santai Komuniti Kampung Makam bersama beliau yang juga Menteri Pertahanan di Dewan Terbuka Pengkalan Kota, di sini semalam.

Program berkenaan bertujuan merapatkan hubungan antara kepimpinan dan komuniti setempat, selain meninjau potensi pelancongan Sungai Johor menerusi perkhidmatan Kota Tinggi River Cruise yang sedang dibangunkan sebagai produk pelancongan baharu daerah ini.

Penduduk Kampung Makam Yang Hadir Pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung Makam.

Menurutnya, pembangunan sektor pelancongan itu dijangka memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat, khususnya pengusaha kecil dan sektor perkhidmatan di daerah serta Parlimen Kota Tinggi.

Beliau berkata Kerajaan MADANI juga telah menyediakan pelbagai peruntukan bagi pembangunan infrastruktur, termasuk pelaksanaan projek tebatan banjir serta projek menaik taraf Jambatan Bypass Kota Tinggi demi meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan penduduk setempat.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama Norlizah Noh dan ADUN Sedili Muszaide Makmor.

-RI

Tinggalkan komen anda