Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tan Sri Syed Zainal Abidin dilantik Pengerusi Baharu PWS

By 3 Januari 2026Januari 5th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PWS

SHAH ALAM, 3 Jan (MalaysiaAktif) – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) mengumumkan pelantikan Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengerusi Baharu PWS berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Pelantikan itu dibuat selaras dengan perkenan Sultan Selangor Sultan, Sharafuddin Idris Shah dan mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperkukuh tadbir urus institusi wakaf di negeri ini.

PWS dalam satu kenyataan semalam memaklumkan pelantikan berkenaan juga bertujuan memperkasakan peranan wakaf sebagai instrumen strategik, mampan dan berkesan dalam pembangunan sosioekonomi ummah.

“Syed Zainal Abidin merupakan tokoh korporat berpengalaman luas dalam bidang pembangunan serta tadbir urus korporat, selain memegang pelbagai jawatan penting dalam sektor awam dan swasta.

“Antara jawatan disandang beliau ialah Pengerusi Dagang NeXchange Berhad (DNEX), Pengerusi Silterra Malaysia Sdn Bhd serta Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

“Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Perodua Auto Corporation Sdn. Bhd., Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad serta berpengalaman dalam industri minyak dan gas ketika menerajui Petronas Dagangan Berhad,” menurut kenyataan itu.

PWS yakin pengalaman serta kepimpinan Syed Zainal Abidin mampu memacu agenda wakaf di Selangor ke arah fasa lebih progresif dan berimpak tinggi, termasuk melalui jalinan kerjasama strategik bersama sektor korporat.

Syed Zainal Abidin merupakan Pengerusi PWS ketiga sejak perbadanan itu ditubuhkan pada 2011.

-RI

Tinggalkan komen anda