
Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Facebook Aznan Tamin (Johor)
JOHOR BAHRU, 9 Jan (MalaysiaAktif) – Johor Talent Development Council (JTDC) secara rasmi menjalin kolaborasi strategik dengan Nanjing University (NJU) bagi memperkukuh agenda pembangunan bakat dan kecemerlangan pendidikan tinggi di negeri Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pendidikan negeri Aznan Tamin berkata inisiatif tersebut merupakan manifestasi komitmen kerajaan negeri dalam memastikan sistem pendidikan sentiasa relevan, berdaya saing serta bertaraf antarabangsa.

Delegasi turut melawat School of Computer Science dan State Key Laboratory for Novel Software Technology bagi meninjau ekosistem penyelidikan dan inovasi universiti berkenaan.
Menurutnya, kerjasama tersebut dimuktamadkan menerusi pertukaran Surat Kolaborasi (LoC) yang melibatkan tiga pihak iaitu JTDC, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan NJU.
“Langkah ini merupakan asas kukuh kepada jalinan jangka panjang yang berteraskan kecemerlangan akademik. Fokus utama LoC ini merangkumi program pertukaran pelajar dan pemindahan ilmu (knowledge transfer) melalui penyelidikan bersama di peringkat global.
“Ia bertujuan melonjakkan inovasi, mobiliti akademik serta memastikan pemindahan ilmu berimpak tinggi dapat dilaksanakan demi manfaat anak-anak Johor,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Terdahulu, delegasi JTDC yang diketuai Aznan telah disambut secara rasmi oleh Naib Presiden NJU Prof. Zhou Zhihua dalam satu pertemuan berimpak tinggi bagi membincangkan masa depan kerjasama akademik antara Johor dan China.

Aznan (tengah) berkata pendedahan terhadap teknologi dan inovasi tersebut bakal menjadi inspirasi penting dalam merangka ekosistem pembangunan bakat di Johor.
Dalam rangka lawatan tersebut, delegasi turut dibawa melawat Pusat Pengajin Sains Komputer dan State Key Laboratory for Novel Software Technology bagi meninjau ekosistem penyelidikan dan inovasi bertaraf dunia yang diamalkan di universiti berkenaan.
Aznan menambah pendedahan terhadap teknologi dan inovasi tersebut bakal menjadi inspirasi penting dalam merangka ekosistem pembangunan bakat di Johor.
“Ini adalah sebahagian daripada visi besar kerajaan negeri Johor untuk membina ekosistem pendidikan yang mampu melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran tinggi dan berdaya saing di peringkat global,” katanya.
-RI






