Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

SMK Bandar Penawar Catat Kehadiran Positif Hari Pertama Persekolahan 2026

By 13 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ashikin Mustafa/Facebook Aznan Tamin (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 13 Jan (MalaysiaAktif) – Kehadiran pada hari pertama sesi persekolahan tahun 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Penawar, Kota Tinggi berlangsung dalam suasana ceria dan penuh semangat. Wajah-wajah murid yang hadir jelas mencerminkan keterujaan mereka untuk kembali ke sekolah bagi meneruskan pembelajaran serta membina masa depan yang lebih cemerlang.

Aznan berkata kerajaan Johor akan memastikan akses pendidikan yang sempurna dan berkualiti akan terus dipertingkatkan bagi memastikan kesejahteraan masa hadapan pelajar

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat Aznan Tamin menasihati murid agar sentiasa berdisiplin, menghormati guru serta rakan-rakan di samping memanfaatkan sepenuhnya setiap peluang pembelajaran yang disediakan.

“Selamat maju jaya dan selamat kembali ke sekolah. Insya-Allah, semoga tahun 2026 menjadi titik tolak kepada kejayaan yang lebih gemilang dalam landskap pendidikan Negeri Johor,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, di SMK Bandar Penawar, seramai 1,100 orang murid telah mendaftar dan hadir pada hari pertama persekolahan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Dan Penerangan Johor, Aznan Tamin tiba di SMK Bandar Penawar bagi melihat sesi persekolahan baharu yang bermula semalam

Kehadiran yang amat memberangsangkan itu menjadi petanda positif kepada permulaan sesi persekolahan yang diharapkan akan lebih teratur, berfokus serta berorientasikan kecemerlangan akademik dan pembentukan sahsiah murid.

Di Johor, hampir 615,120 murid telah mendaftar di 1,195 buah sekolah yang beroperasi sepanjang tahun ini.

Jumlah itu menunjukkan komitmen berterusan kerajaan negeri Johor dalam memastikan akses pendidikan yang inklusif, tersusun dan berkualiti demi kesejahteraan serta masa depan anak-anak Johor.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi Azman Safii dan Pengetua SMK Bandar Penawar Md Solehhuddin Md Tahir.

-AA-

Tinggalkan komen anda