Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pameran Jejak Kelumpang Angkat Flora Warisan Perak

By 13 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Hasbella Hasim (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 13 Jan (MalaysiaAktif) – Pameran Jejak Kelumpang: Bunga Warisan Perak anjuran Persatuan Konservasi Samudera 9 Perak (Ocean 9) merupakan satu usaha memperkenalkan serta memasyhurkan flora warisan negeri Perak, khususnya pokok kelumpang kepada masyarakat umum.

Raja Shahrul Azmir meluangkan masa mengunjungi Pameran Jejak Kelumpang

Pengerusinya, Raja Kamar Azhar Raja Ahmed Siffudin berkata pameran tersebut merangkumi elemen pendidikan, sejarah, visual dan alam sekitar.

“Pameran yang berlangsung di Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar, di sini telah bermula sejak 20 Dis 2025 dan akan berakhir pada 20 Jan ini, serta boleh dikunjungi seawal jam 9 pagi hingga 5 petang.

“Orang ramai dijemput bagi menimba pengetahuan dan menghargai khazanah alam negeri serta menyokong usaha pemeliharaan flora warisan untuk generasi akan datang,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini semalam.

Sementara itu, pengunjung Raja Shahrul Azmir Raja Amin, 56, berkata pameran berkenaan banyak memberi manfaat khususnya kepada warga Perak yang kebanyakannya tidak mengetahui kewujudan bunga kelumpang.

“Pandangan saya, maklumat berkaitan bunga kelumpang perlu terus dikongsi kepada masyarakat serta diberi satu ruangan khas di perpustakaan, contohnya dalam bentuk sepanduk supaya pengunjung dapat pendedahan mengenai bunga kelumpang,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda