Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

BAP Dorongan Kecemerlangan Murid

By 16 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Suhaimi Mokhtar/Rajeswari Anbazagan

KUALA LUMPUR, 16 Jan (MalaysiaAktif) – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ipercayai mampu menjadi pendorong pelajar mencapai kecemerlangan dalam pendidikan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Datuk Fahmi Fadzil ketika menandatangani buku pelawat SK Bukit Bandaraya

Beliau berkata BAP juga memastikan setiap murid mempunyai peluang sama rata dalam memulakan sesi persekolahan mereka.

“Komitmen berterusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan kebajikan murid sentiasa terpelihara demi kelangsungan pendidikan berkualiti,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahyan BAP 2026 di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, di sini semalam.

Sementara itu, ibu penerima BAP, Siti Nadwah Ahamed, 47, berkata bantuan yang diberikan itu dapat meringankan beban perbelanjaannya menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anaknya.

Sesi ramah mesra bersama murid SK Bukit Bandaraya

“Tahun lepas wang bantuan ini dikreditkan dalam akaun ibu bapa, tapi tahun ini ibu bapa sendiri yang perlu mengambilnya di sekolah tapi ianya tidak mendatangkan masalah kepada ibu bapa,” kata Fadhilah Mohd Saleh, 35, pula.

Seramai 1,365 orang murid menerima bantuan tersebut termasuk aliran perdana dari tahun satu hingga tahun enam termasuk pelajar pendidikan khas di sekolah berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM204,750.

Hadir sama guru besar SK Bukit Bandaraya Md. Faisal Mohd Salih, Jemaah Nazir Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Rose Enne Emellia Mohames Razali dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Bandaraya Engku Zulkifli Engku Ibrahim.

-AA-

Tinggalkan komen anda