Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Peruntukan RM50,000 Untuk SK Tiara Permai

By 16 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Herman Hamid 

KUALA LUMPUR , 16 Jan (MalaysiaAktif) – Sekolah Kebangsaan (SK) Tiara Permai, di sini menerima peruntukan berjumlah RM50,000 daripada Ahli Parlimen Batu Prabakaran Parameswaran.

Golongan ibu bapa dan para guru SK Tiara Permai bersama Prabakaran

Prabakaran berkata sumbangan itu sebagai manifestasi kepercayaan pihaknya sekiranya sekolah selain komuniti setempat memainkan peranan penting dalam memcau sistem pendidikan negara ke arah yang lebih progresif.

“Pendidikan yang menyeluruh mampu melahirkan generasi yang cemerlang dari segi akademik serta memiliki jati diri yang kukuh, sekali gus menjamin hak pembelajaran yang sama untuk semua pelajar.

“Selain itu, ia juga menjadi komitmen kerajaan untuk memastikan tiada pelajar tercicir daripada memperoleh pendidikan secara holistik. Oleh itu, Pejabat Ahli Parlimen Batu akan memberikan kerjasama erat kepada sekolah di Parlimen Batu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 di Dewan Terbuka SK Tiara Permai, di sini semalam.

Sebahagian daripada ibu bapa yang hadir untuk mendapatkan BAP 2026 di SK Tiara Permai

Seramai 690 pelajar sekolah berkenaan menerima BAP berjumlah keseluruhan RM103,000.

Menurut Prabakaran, BAP merupakan inisiatif penting dalam meringankan beban kewangan ibu bapa, sejajar dengan komitmen kerajaan MADANI untuk memastikan akses pendidikan yang menyeluruh melalui pemerkasaan pendidikan inklusif, mempercepat pembangunan sekolah daif serta memperluas bantuan persekolahan.

Sementara itu, seorang ibu bapa, Sharifah Nasarudin, 32, berkata pemberian BAP amat dinantikan oleh ibu bapa sebagai persediaan membeli kelengkapan persekolahan anak-anak, selain menyifatkannya sebagai inisiatif positif kerajaan kepada rakyat.

Dalam pada itu, Nur Farahin Mat Radzi, 35, meluahkan rasa syukur menerima BAP walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan awal bagi membeli pakaian dan kelengkapan sekolah anaknya, sambil menyatakan bantuan RM150 bagi setiap murid sedikit sebanyak meringankan beban kewangan ibu bapa.

-AA-

Tinggalkan komen anda