Skip to main content
Labuan

BAP Manifestasi Kerajaan Pastikan Akses Pendidikan Saksama

By 16 Januari 2026Januari 18th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 16 Jan (MalaysiaAktif) – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 adalah manifestasi nyata komitmen kerajaan bagi memastikan tiada pelajar yang ketinggalan dalam mendapatkan akses pendidikan yang saksama.

Aminuddin (tengah) menyampaikan BAP kepada salah seorang pelajar sekolah

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Dato’ Ts. Dr. Aminuddin Hassim berkata inisiatif BAP berkait rapat dengan teras utama Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) 2030.

“ARPA 2030 menuntut perkhidmatan awam yang bukan sahaja cekap dalam pentadbiran tetapi empati dan responsif terhadap keperluan rakyat.

“Penjawat awam yang terlibat dalam penyelarasan BAP dari peringkat pusat hingga ke sekolah menzahirkan nilai-nilai teras perkhidmatan awam iaitu kecekapan, akauntabiliti dan semangat berkhidmat,” katanya semasa Majlis Penyerahan Cek Cura BAP tahun 2026 di sini, hari ini.

Para pelajar sekolah ceria bersama BAP yang diterima

Tambahnya, BAP adalah pelaburan untuk masa depan negara dan memudahkan laluan pendidikan untuk generasi muda sekali gus membina asas kukuh bagi menyokong ARPA 2030.

“Jadikan setiap tindakan sebagai penjawat awam pemangkin kepada perkhidmatan awam yang lebih inklusif, cekap dan berjiwa rakyat,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Parlimen Labuan, Dato’ Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yahya Ahmad Puteh.

-AA-

 

Tinggalkan komen anda