Skip to main content
Berita TempatanSarawak

2,000 Pengunjung Meriahkan Rentap Fighting Championship, Kota Samarahan

By 19 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Radhmad (Sarawak)

KOTA SAMARAHAN, 19 Jan (MalaysiaAktif) – Seramai kira-kira 2,000 pengunjung dari sekitar Kota Samarahan dan Kuching hadir memeriahkan Rentap Fighting Championship (RFC) yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah, di sini semalam.

Kejohanan sukan tempur yang menampilkan aksi Muay Thai dari Thailand itu berlangsung selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Jan lalu, sekali gus menarik perhatian peminat sukan tempur sejak hari pertama penganjurannya.

Orang ramai memenuhi ruang acara RFC di The Summer Mall, Kota Samarahan bagi menyaksikan perlawanan Muay Thai yang berlangsung semalam.

Orang ramai berpeluang menyaksikan perlawanan penuh aksi dan disiplin kesukanan, selain merasai suasana pertandingan menerusi sorakan penyokong atlet yang bertanding.

Salah seorang pengunjung, Lydia Jais, 43, berkata pengalaman menyaksikan pertandingan Muay Thai secara dekat telah mengubah persepsinya terhadap sukan tempur tersebut.

“Pada awalnya saya menyangka sukan ini berbahaya kerana melibatkan tumbukan dan tendangan, namun selepas melihat sendiri, aspek keselamatan jelas diberi keutamaan melalui penggunaan peralatan pelindung oleh atlet,” katanya di sini semalam.

Kehadiran Lydia  bersama keluarga menceriakan suasana  RFC yang menampilkan perlawanan Muay Thai di The Summer Mall, Kota Samarahan.

Menurut Lydia, sukan bela diri seperti Muay Thai bukan sahaja membentuk disiplin, malah boleh dimanfaatkan sebagai kemahiran mempertahankan diri.

Beliau berharap lebih banyak kejohanan sukan tempur seperti tinju dan Muay Thai dapat dianjurkan pada masa hadapan, khususnya di Kota Samarahan kerana berupaya menarik minat masyarakat setempat serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan remaja.

-RJ-

Tinggalkan komen anda