
Laporan/foto: Dr Ngalih Tingi (Sarawak)
KUCHING, 19 Jan (MalaysiaAktif) – Dengan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia ada bakal tamat secara automatik pada Februari 2027, Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN-13) Sarawak boleh diadakan pada bila-bila masa sekiranya DUN dibubarkan lebih awal.

menekankan kepentingan pembangunan inklusif yang memberi ruang kepada penglibatan belia.
Kehadiran ramai pengundi baharu daripada kelompok Undi18 kini menjadikan golongan belia sebagai blok penentu yang merangkumi hampir 40 peratus daripada keseluruhan daftar pemilih.
Mahasiswa di DUN Batu Kitang, Ervinmax Daniel, 24, berkata beliau berharap kesinambungan pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih inklusif melibatkan golongan muda.
Seorang pengundi muda, Estefanny Sonia, 24, berkata PRN-13 menjadi platform penting bagi belia menyuarakan aspirasi berkaitan kestabilan politik, pendidikan dan peluang ekonomi berimpak tinggi untuk graduan.
“Tanggungjawab mengundi bukan sekadar hak, tetapi amanah sivik untuk memastikan dasar kerajaan terus menyokong pembangunan pendidikan dan peluang pekerjaan,” katanya ketika ditemui di sini.

Emannuel Aiden berkata PRN-13 membuka peluang belia luar bandar merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan pedalaman.
Sementara itu, penuntut Universiti Putra Malaysia, Emannuel Aiden, 21, anak jati Song berkata PRN-13 memberi ruang kepada belia luar bandar menyuarakan keperluan merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan pedalaman.
Peralihan demografi pengundi muda memaksa calon PRN-13 merombak strategi kempen.
Pendekatan tradisional diganti platform media sosial seperti TikTok dan Instagram untuk menarik perhatian belia, dengan kandungan kreatif, telus dan interaktif menerangkan manifesto calon secara ringkas.
Keberkesanan PRN-13 bergantung kepada sejauh mana suara pengundi muda dijadikan agenda utama pentadbiran negeri.
Mereka mahukan bukti nyata pemerkasaan hak autonomi Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan jaminan masa depan yang lebih cerah, yang bakal menentukan gelombang sokongan belia di Bumi Kenyalang.
-RJ-





