Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pembangunan Ekopelancongan DUN Kubu Gajah Tingkat Sosioekonomi Penduduk

By 22 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fikri Johari (LMS)

KUBU GAJAH, 22 Jan (MalaysiaAktif) – Projek pembangunan ekopelancongan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah berpotensi merancakkan sektor pelancongan tempatan serta meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat.

Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak Dato’ Mohamad Daud Mohd Yusof berkata pemilihan lokasi yang strategik dan kaya dengan keunikan alam semula jadi menjadikannya sangat sesuai sebagai destinasi tumpuan pelancong luar dan dalam negeri.

Mohamad Daud ketika merasmikan Inap Desa Sejati MADANI di Felda Ijok.

“Promosi pelancongan perlu dilakukan secara berterusan melalui platform jabatan kerajaan bagi memastikan projek ini mendapat pendedahan meluas serta mampu bersaing sebagai produk pelancongan baharu di Perak,” katanya ketika merasmikan Inap Desa Sejati MADANI, di sini semalam.

Menurutnya, kerjasama erat antara Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bersama agensi kerajaan dan komuniti setempat merupakan faktor penting dalam menjayakan projek berteraskan konsep SejaTi MADANI.

“Konsep ini menekankan nilai kemampanan, kesejahteraan rakyat dan pembangunan inklusif bagi manfaat semua pihak.

“Perancangan aktiviti seperti program alam semula jadi dan produk komuniti perlu dilaksanakan secara tersusun bagi menjana pendapatan penduduk serta mewujudkan peluang ekonomi baharu,” katanya.

Beliau berharap agar projek tersebut menjadi pemangkin kepada pembangunan mampan, sekali gus memperkukuhkan peranan komuniti dalam menjadikan DUN Kubu Gajah sebagai destinasi ekopelancongan yang berdaya saing.

-RI

Tinggalkan komen anda