Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Politeknik Merlimau Perkukuh Peranan TVET, Sokong RPTM 2026-2035

By 22 Januari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Malissa Farhana Ibrahim

MERLIMAU, 22 Jan (MalaysiaAktif) – Politeknik Merlimau Melaka (PMM) terus komited memperkukuh peranan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam menyokong pelaksanaan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035, yang selari dengan hala tuju institusi berkenaan.

Pengarah PMM Norizam Sekak berkata lonjakan yang digariskan dalam RPTM 2026-2035 khususnya dalam kecerdasan buatan (AI), pendigitalan, automasi, teknologi hijau serta kemahiran masa depan amat bertepatan dengan inisiatif yang sedang dan telah dilaksanakan oleh PMM.

“Usaha PMM mewujudkan Artificial Intelligence Development Centre (AIDEx) dalam kerangka Kampus Digital boleh diperkasakan lagi dengan RPTM yang tersedia.

“Ini membolehkan PMM bergerak lebih pantas dan berfokus dalam melahirkan graduan TVET yang relevan dengan keperluan industri masa kini dan masa hadapan,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau turut menegaskan bahawa PMM sebagai institusi TVET yang sinonim dengan Kelestarian Hijau akan terus komited demi memastikan menjelang tahun 2030, PMM muncul sebagai institusi TVET unggul yang menyeimbangkan pembangunan teknologi dan kelestarian alam sekitar.

“Usaha ini penting bagi memastikan institusi TVET menyumbang secara seimbang kepada pembangunan ekonomi, sosial, teknologi dan keusahawanan negara,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda