Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

PIBG Parlimen Pekan Terima Sumbangan RM144,500 Perkasa Kecemerlangan Sekolah

By 25 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto:Ahmad Nizam Abidin/Mohd Suhaizad (Pekan)

PEKAN, 25 Jan (MalaysiaAktif) – Sebanyak RM144,500 disalurkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di 55 buah sekolah rendah dan 26 buah sekolah menengah dalam Parlimen Pekan.

Mohmed Puzi ketika berucap pada majlis tersebut.

Majlis Sumbangan Kasih PIBG Parlimen Pekan 2026  anjuran Pejabat Ahli Parlimen Pekan di Halaman Space Event Pekan, di sini hari ini disempurnakan ahli parlimennya, Datuk Seri Sh Mohmed Fuzi Sh Ali.

Beliau berkata majlis berkenaan merupakan usaha berterusan pihaknya dalam membantu memperkukuh peranan PIBG bagi menyokong pembangunan pendidikan di daerah ini.

Menurutnya, PIBG perlu memainkan peranan yang lebih proaktif sebagai rakan strategik pihak sekolah dalam melahirkan generasi berilmu, berdisiplin dan berdaya saing.

“PIBG bukan sahaja berfungsi sebagai penyokong, malah menjadi penggerak utama kepada kecemerlangan sekolah.

Kehadiran penuh pihak sekolah dan PIBG Parlimen Pekan.

“Saya berharap PIBG terus memperkukuh kerjasama dengan pihak pentadbiran sekolah serta komuniti setempat demi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan,” katanya.

Beliau berharap sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi melaksanakan program pembangunan akademik, sahsiah dan kokurikulum murid.

Menurutnya lagi, kerajaan sentiasa komited memberi keutamaan kepada sektor pendidikan sebagai asas penting dalam membentuk masa depan negara yang lebih gemilang.

 

-RI

Tinggalkan komen anda