Skip to main content
JohorBerita SelatanBerita Tempatan

Sejahtera MADANI Eratkan Hubungan Agensi Kerajaan Santuni Golongan Belia dan Peserta eKasih

By 26 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 26 Jan (MalaysiaAktif) – Inisiatif Sejahtera MADANI oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Johor membolehkan golongan belia dan peserta eKasih dapat menyediakan akses pendidikan, peluang kerjaya dan peningkatan pendapatan semasa.

Dr. Mohd Khalid, berkata program ini turut mendapat kerjasama strategik daripada agensi kerajaan seperti PTPTN, KPYPJ, Akademi Binaan Malaysia (ABM), Johor Skills dan lain-lain agensi.

Pengarah Pembangunan Negeri Johor Dr. Mohd Khalid Abdul Samad berkata terdapat pelbagai pengisian melibatkan aktiviti pameran, taklimat dan sesi penyampaian informasi daripada agensi persekutuan dan negeri yang turut menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan dan peluang latihan kemahiran.

“Kita mahu pastikan golongan belia muda terutamanya belia eKasih tidak terlepas peluang untuk menyambung pelajaran, meningkatkan kemahiran dan seterusnya mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan stabil,” katanya ketika merasmikan Program Outreach di Bawah Inisiatif Sejahtera MADANI Negeri Johor 2026 di Dewan Serbaguna PPR Sri Stulang, di sini semalam.

Dr. Mohd Khalid menjelaskan pendekatan program ini memberi belia, khususnya golongan eKasih, pengetahuan dan bimbingan agensi berkaitan agar hala tuju mereka terbela, selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut diagihkan sumbangan bakul makanan sumbangan Perdana Menteri kepada penerima eKasih.

Sementara itu, data terkini yang diperolehi sehingga 7 April tahun lalu, sebanyak 11,202 Ketua Isi Rumah (KIR) kategori miskin di Johor telah direkodkan.

“Untuk data daerah Johor Bahru, seramai 1,629 Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin yang mana daripada jumlah itu, sebanyak 360 Ketua Isi Rumah (KIR) telah berjaya dikeluarkan daripada status asalnya,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pembangunan Johor Datin Norashikin Noordin dan Penolong Pegawai Daerah Johor Bahru (Pembangunan Fizikal/Pelesenan) Mohd Hasif Azman.

-RI

Tinggalkan komen anda