Skip to main content
Berita TempatanSabah

Sekolah Agama Apas Balung Perintis AI, Sabah Komited Kembangkan Pendidikan Islam

By 3 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip / Hendry Nurdin (Tawau)

TAWAU, 3 Feb (MalaysiaAktif) – Sekolah Agama Negeri (SAN) Apas Balung mencipta sejarah sebagai sekolah agama pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekali gus menjadi perintis bagi pembangunan sekolah agama negeri di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata penggunaan teknologi AI dalam pendidikan agama membuktikan institusi pendidikan Islam mampu bergerak seiring dengan kemajuan teknologi semasa.

Dalam pada itu, Hajiji berkata dirinya amat terkesan dengan kejayaan pembinaan sekolah tersebut yang disiapkan dalam tempoh hanya tiga bulan hasil sumbangan masyarakat setempat.

“Pembinaan sekolah ini bermula dengan derma orang ramai dan kerajaan negeri akan membantu membesarkan serta memperkasa sekolah ini. ,” katanya semasa lawatan kerja ke SAN Apas Balung, di sini, Ahad.

Hajiji Noor semasa ditemu ramah dan merasmikan Sekolah Agama Negeri Apas Balung, Tawau, menekankan peranan AI dalam pendidikan agama sebagai langkah perintis.

Beliau menambah kerajaan negeri menyokong cadangan penubuhan sekolah menengah agama dan sedang merancang langkah jangka panjang untuk memperluaskan pendidikan Islam di Sabah.

“Keperluan masyarakat Islam terhadap sekolah menengah agama amat tinggi dan usaha ini wajar diperluaskan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hajiji menjelaskan pelarasan tarif elektrik yang dilaksanakan adalah minimum, sekitar lima sen atau 15 peratus, bagi menampung kos operasi dan mengurangkan subsidi kerajaan Persekutuan yang mencecah RM700 juta setahun.

“Kerajaan negeri akan terus memantau kesan pelarasan tersebut bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara,” jelasnya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda