Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

21 Penduduk Desa KEDA Sungai Udang Terima Geran Hak Milik Sempena Perasmian Bot Desa Lestari

By 5 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauziah Abdul Wahab/Nurhidayah Mohamad Zaher (Yan)

YAN, 5 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 21 penduduk Desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Sungai Udang menerima Geran Hak Milik sempena Majlis Perasmian dan Penyerahan Bot Desa Lestari, hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid

Penyerahan geran tersebut dilaksanakan sebagai sebagai usaha memperkukuh kesejahteraan dan keselamatan pemilikan tanah komuniti desa, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan KEDA dalam memperkasa penduduk luar bandar melalui pemilikan aset sah yang menjamin masa depan mereka.

Salah seorang penerima geran, Mohamad Faizal Rafi, 39, meluahkan rasa syukur atas penerimaan dokumen hak milik berkenaan.

“Saya sangat bersyukur. Geran ini memberi ketenangan dan keyakinan untuk masa depan keluarga saya,” katanya kepada Malaysia Aktif pada majlis berkenaan yang disempurnakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid bertempat di Pejabat Koperasi Desa KEDA Sungai Udang, di sini.

Penyampaian bakul makanan tanda keprihatinan kepada penduduk

Selain penyerahan geran hak milik, majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian bakul makanan kepada 10 penduduk sebagai simbol keprihatinan terhadap kebajikan golongan memerlukan di kawasan berkenaan.

Seorang penerima bantuan makanan, Che Haton Md Isa, 72, merakamkan penghargaan atas sokongan yang diberikan.

“Terima kasih kepada KEDA kerana sentiasa prihatin terhadap penduduk. Bantuan ini banyak meringankan beban kami,” ujarnya.

Secara keseluruhan, penganjuran program ini bukan sahaja memberi manfaat langsung kepada penerima, malah mencerminkan peranan aktif KEDA dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk desa melalui pemilikan hakmilik sah, bantuan kebajikan dan inisiatif pembangunan berterusan.

-AA-

Tinggalkan komen anda