Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Sambutan World Wetlands Day 2026 Terengganu Meriah di Setiu Wetlands

By 8 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini (Terengganu)

SETIU, 8 Feb (MalaysiaAktif) – Sambutan World Wetlands Day 2026 Peringkat Negeri Terengganu yang memasuki penganjuran kali kelima berlangsung meriah di Taman Negeri Setiu Wetlands, di sini semalam.

Majlis disempurnakan Setiausaha Kerajaan Terengganu Dato’ Azmi Mohamad Daham dengan penglibatan aktif pelbagai agensi serta masyarakat setempat, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan dalam memelihara khazanah alam negeri ini.

Antara tetamu jemputan yang hadir di Program Sambutan World Wetlands Day 2026 Peringkat Negeri Terengganu

Pada tahun ini, sambutan yang mengangkat tema Wetlands and Traditional Knowledge: Celebrating Cultural Heritage menekankan kepentingan pengetahuan tradisional dalam pengurusan dan pemuliharaan kawasan tanah bencah secara lestari.

Menurut Azmi, beliau amat teruja melihat penyertaan menyeluruh pelbagai pihak, khususnya komuniti setempat yang disifatkan sebagai manifestasi keprihatinan dan rasa tanggungjawab bersama terhadap pemeliharaan Taman Negeri Setiu Wetlands.

“Sambutan World Wetlands Day ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kawasan tanah bencah sebagai khazanah alam yang memainkan peranan penting dalam pemeliharaan biodiversiti merangkumi kepelbagaian spesies dan ekosistem.

“Setiap elemen ini saling melengkapi dalam satu kitaran alam yang sangat rapi. Jika salah satu daripadanya terjejas, keseluruhan rantaian kehidupan di dalamnya akan turut terganggu,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan berkenaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa kawasan tanah bencah berfungsi sebagai sistem pertahanan semula jadi termasuk penghadang ribut, kawalan banjir serta pelindung hakisan pantai.

Setiu Wetlands bukan sekadar kawasan paya biasa, sebaliknya sebuah anugerah alam yang unik dengan gabungan 10 ekosistem bersepadu, iaitu BRIS, Paya Gelam, Tasik Air Tawar, Sungai, Paya Bakau, Pulau, Beting Lumpur, Laguna, Muara dan Hamparan Pantai.

Keunikan ini menjadikannya khazanah alam yang amat bernilai serta kebanggaan rakyat Terengganu.

-AA-

Tinggalkan komen anda