Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pesta Angin Timur 2026 Angkat Seni Budaya Tempatan

By 9 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Penganjuran Pesta Angin Timur 2026 (PAT 2026) bukan sahaja bertujuan mempromosikan aktiviti kebudayaan tempatan sebagai salah satu produk industri pelancongan Perlis, sebaliknya berperanan menangkat seni, budaya dan tradisi masyarakat tempatan kepada khalayak luar.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang pesta tersebut

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato’ Mohd Yusri Mohd Yusoff berkata usaha tersebut mencerminkan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan pemeliharaan warisan, pengukuhan jati diri serta pembangunan masyarakat secara inklusif dan berteraskan nilai ihsan.

Beliau berkata PAT yang kini memasuki edisi ke-14 merupakan acara tahunan ikonik negeri Perlis dan berfungsi sebagai platform penting dalam memperkenal elemen seni budaya sebagai tarikan pelancongan.

“Dengan kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara, penganjuran pesta ini dijangka memberi impak besar kepada sektor ekonomi, khususnya kepada para usahawan kecil dan sederhana,” katanya ketika berucap mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing pada Majlis Perasmian Pesta Angin Timur Perlis 2026 di Dataran Lapang Kangar Jaya, di sini semalam.

Menurut Mohd Yusri lagi, bersempena Tahun Melawat Perlis 2024-2026 dan Kempen Melawat Malaysia 2026, sebanyak 50 acara melibatkan pertandingan, demonstrasi, pameran serta gerai jualan dianjurkan sepanjang tiga hari pesta, dengan penyertaan lebih 10,000 orang peserta.

Majlis perasmian PAT 2026 disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta dihadiri oleh Menteri Besar Abu Bakar Hamzah.

-AA-

Tinggalkan komen anda