Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Tiga Petinju TBBC Sri Aman Tersenarai Skuad SUKMA XXII Selangor 2026

By 9 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sarawak)

SIMANGGANG, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Kelab Tinju Tidal Bore Boxing Club (TBBC) Sri Aman terus mengukuhkan reputasinya sebagai lubuk bakat sukan tempur apabila tiga petinjunya dipilih ke skuad pemilihan akhir Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

Atlet yang tersenarai ialah Mohd Zulkarnain Iswandy (54 kilogram (kg)), Muhammad Irfan Mohamad Ishak (57kg), dan Eurinia Jackie Joachim (57kg).

Penyampaian sijil kelayakan disempurnakan oleh Residen Bahagian Sri Aman merangkap Timbalan Pengerusi SUKSAR IV 2026, Mahra Salleh, di sini, hari ini.

Eurinia (tengah) bersama Mohd Zulkarnain (dua dari kanan) dan Muhammad Irfan (paling kanan), bergambar kenangan dengan Mahra Salleh (empat dari kiri) serta barisan pengurusan kelab selepas berjaya menempah slot ke pemilihan akhir skuad SUKMA 2026.

Mahra menekankan kepentingan memperkukuh program pembangunan atlet melalui kerjasama strategik pelbagai pihak.

“Sokongan berterusan daripada semua pihak penting agar prestasi cemerlang yang ditunjukkan hari ini dapat diteruskan secara konsisten, sekali gus menyumbang pingat kepada kontinjen negeri pada SUKMA XXII nanti,” katanya, di sini.

Beliau turut menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian kem tinju Zon Barat yang berjaya meraih satu emas, lima perak, dan enam gangsa sekali gus membawa pulang gelaran Naib Juara Keseluruhan SUKSAR IV 2026 bagi sukan tinju.

-RJ-

Tinggalkan komen anda