
Laporan/foto: Khairul Amar Firdaus/Syaiful Harif Adnan
KUALA LUMPUR, 10 Feb (MalaysiaAktif) – Semua lapisan masyarakat diseru agar lebih matang dalam mendepani perbezaan pendapat serta kepercayaan dengan mencari titik persamaan dan bukannya memperbesarkan perselisihan faham yang kecil.

Azman menyerahkan sumbangan kepada penerima.
“Keamanan dan keharmonian negara yang dikecapi pada masa ini adalah tanggungjawab bersama untuk memeliharanya dengan sebaik-baiknya agar kekal utuh untuk generasi akan datang,” kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Penyerahan Sumbangan Tahun Baharu Cina Peringkat Parlimen Bandar Tun Razak di perkarangan Kompleks Sukan Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Penganjuran majlis ini merupakan platform terbaik untuk mengukuhkan persahabatan dan semangat kekeluargaan, selari dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan nilai kesejahteraan dalam masyarakat.

Azman bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir.
Turut hadir Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner (ACP) Mohd Rosdi Daud.
Salah seorang penerima sumbangan, Cheong Wai Hong, 50 menyatakan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan MADANI yang sentiasa cakna tentang keperluan rakyat khususnya di musim perayaan.
-RI





