Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

35 Penerima eKasih Terima Sumbangan Tahun Baharu Cina

By 12 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

KUANTAN, 12 Feb (MalaysiaAktif) – 35 penerima berdaftar eKasih dari kalangan masyarakat Cina menerima sumbangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina  di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, di sini semalam.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Farhan Fauzi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu Chan Chun Kuang.

Dato’ Ahmad Farhan dan Chan Chun Kuang bergambar kenangan bersama semua penerima sumbangan tersebut

Chan berkata penganjuran program itu mencerminkan keprihatinan berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela tanpa mengira kaum dan latar belakang.

“Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan penerima, sekali gus membantu mereka membuat persiapan menyambut Tahun Baharu Cina dengan lebih selesa dan bermakna.

“Usaha turun padang dan penyaluran bantuan secara langsung akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa bagi memastikan golongan sasar tidak tercicir daripada menerima manfaat,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda