Skip to main content
KelantanBerita TempatanBerita Timur

Walkaton D’Raja Perkukuh Perpaduan dan Gaya Hidup Sihat Masyarakat

By 16 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aiman Alimin (Kelantan)

KOTA BHARU, 16 Feb (MalaysiaAktif) – Program Walkaton D’Raja Kelantan – Walk With Me dianjurkan sebagai platform memperkukuh perpaduan masyarakat, menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta menyemai nilai kebersamaan dalam kalangan rakyat negeri ini.

Sesi taklimat sebelum Walkaton D’Raja – Walk With Me 2026 bermula

Program amal tahunan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi dengan naungan dan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan Darul Naim.

Penganjuran kali ini turut memberi makna tersendiri apabila Baginda berkenan mencemar duli menyertai rakyat berjalan kaki sejauh 3.2 kilometer yang bermula di Stadium Sultan Muhammad IV.

Seorang peserta, Hisham, 32, berkata beliau berasa teruja dengan sambutan menggalakkan yang diterima serta gembira dapat menyertai program walkaton bersama Sultan Kelantan buat kali pertama.

Antara peserta yang hadir.

“Program ini sangat bermakna dan tidak menjadi masalah untuk saya berjalan dari mula hingga tamat,” katanya, di sini kelmarin.

Inisiatif ini diharap dapat dijadikan acara ikonik tahunan serta menyumbang kepada pembangunan sosial dan pelancongan negeri Kelantan.

-RI

Tinggalkan komen anda