Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Memperingati Tragedi Parit Sulong: Sejarah Hitam yang Tidak Dilupakan

By 16 Februari 2026Februari 17th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kartina Saruni/Majlis Daerah Yong Peng (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 16 Feb (MalaysiaAktif) – Satu program memperingati Battle of Parit Sulong yang berlaku pada 23 Jan 1942 dianjurkan di Tugu Peringatan Parit Sulong di sini, kelmarin dengan tahun ini menandakan penganjuran kali keempat, manakala lawatan ahli keluarga mangsa diadakan setiap dua tahun.

Muhamad Shahrul Azmi ketika menyampaikan ucapan

Program tahunan bertema Pesona Yong Peng ini bertujuan mengenang sejarah, memupuk semangat patriotisme, serta memperkenalkan Parit Sulong sebagai salah satu tarikan pelancongan bersejarah, khususnya sempena Tahun Melawat Johor 2026.

Setiausaha Majlis Daerah Yong Peng Muhamad Shahrul Azmi Md Kamil berkata sebagai generasi baharu, mengingati cebisan sejarah ini secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat patriotisme dan sayang akan negara, bukan hanya memahami konsep kemerdekaan semata-mata.

Sekitar suasana memperingati Battle at Parit Sulong

Sementara itu, Setiausaha Kerja Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Johor Mohd Azri Arbain menyeru penduduk tempatan agar mengekalkan sejarah ini.

“Dengan perubahan era yang semakin mencabar ini, janganlah kita lupa kepada sejarah yang pernah berlaku di sini. Mari kita menjaga dan memulihara sejarah khususnya masyarakat di Parit Sulong agar ianya tidak hilang begitu sahaja,” katanya.

Sejarah Parit Sulong kekal menjadi pengingat tentang pengorbanan dan semangat juang, sekali gus mendidik generasi hari ini untuk terus menghargai keamanan dan kemerdekaan negara.

-AA-

Tinggalkan komen anda