
Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)/Unit Foto JAPEN
JOHOR BAHRU, 17 Feb (MalaysiaAktif) – Program Hari Bertemu Komuniti (HBK) diadakan bagi memastikan agenda Kempen Internet Selamat (KIS) sampai kepada komuniti setempat, selaras usaha berterusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam melindungi pengguna digital.

Fahmi turut melawat pameran yang disediakan dengan penglibatan beberapa agensi kerajaan, swasta, syarikat telekomunikasi dan usahawan NADI
Sementara itu, Fahmi, berkata sehingga Disember 2025, Perkhidmatan Pintar NADI merekodkan sebanyak 1.4 juta penyertaan di seluruh negara, sekali gus menunjukkan sambutan positif komuniti terhadap pembangunan kemahiran digital dan sosioekonomi.

Fahmi turut bergambar bersama tetamu yang hadir selepas selesai mengadakan lawatan ke NADI Taman Desa Belantik
“Perkhidmatan Pintar NADI seperti e-Sukan, Tuisyen DiLea, program NADI Mahir Baiki Gajet dan saringan kesihatan serta pameran dan jualan oleh usahawan NADI serta penyertaan agensi seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) melalui Kaunter eKasih dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Kempen Elektrik Selamat,” katanya selepas mengadakan lawatan sempena program Hari Bertemu Komuniti (HBK) di NADI Taman Desa Belantik di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah dan Ketua Pegawai Sektor Hal Ehwal Negeri SKMM Bukhari Yahya dan Pengurus NADI Taman Desa Belantik Mohd Ewan Mohamad Noh.
-AA-





