Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Ladang Buah Tin Tarikan Agro Pelancongan Baharu di Pasir Puteh

By 23 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauzan Mahari/Rosli Muhammad (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 23 Feb (MalaysiaAktif) – Ladang buah tin di Kampung Permatang Sungkai, di sini kini muncul sebagai antara ladang buah tin terbesar di Pantai Timur, sekali gus berpotensi menjadi pusat agro pelancongan baharu di daerah ini.

Nazri (tengah) yang merupakan pemilik ladang AY Benifigs Farm Sdn. Bhd.

Ladang yang diusahakan oleh AY Benefigs Farm Sdn. Bhd. ini mengaplikasikan konsep pertanian moden berasaskan sistem rumah hijau dan fertigasi bagi menjamin kualiti hasil yang optimum, selain menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan.

Menurut pemiliknya Datuk Nazry Mohamad Nor, ladang tersebut mula diusahakan pada pertengahan 2024 di atas tanah berkeluasan 0.6 hektar dengan penanaman 900 pokok tin pada peringkat awal.

“Tanaman pokok tin mudah dijaga, cepat berbuah serta mendapat permintaan tinggi di pasaran dengan harga yang lumayan,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini baru-baru ini.

Petugas ladang sedang memberi taklimat kepada pengunjung yang hadir.

Menurutnyan, buah tin hanya mengambil masa kira-kira lima bulan untuk berbuah dan boleh mencapai berat 100 hingga 120 gram sebiji, dengan harga pasaran mencecah RM65 sekilogram.

“Selain dimakan segar, buah tin turut diproses menjadi minuman dan ais krim,” katanya.

Kewujudan ladang ini membolehkan orang ramai memetik sendiri buah tin segar, sekali gus menjadikannya tarikan agro pelancongan serta membuka peluang ekonomi baharu kepada masyarakat setempat.

-RI

Tinggalkan komen anda