Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Iftar Ramadan 2026 Raikan Perpaduan di Ibu Kota

By 1 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhaimin Musa/Muhammad Azrul Hafiz Mohamad Nazri

KUALA LUMPUR, 1 Mac (MalaysiaAktif)Dataran Merdeka, di sini sekali lagi menjadi saksi penyatuan rakyat Malaysia apabila ribuan pengunjung membanjiri sepanjang Jalan Raja bagi menjayakan Program Iftar Ramadan 2026, semalam.

Chiew Choon Man juga sempat bergambar kenangan bersama pengunjung di tapak program sebelum diteruskan dengan acara utama program

Program ikonik ini memasuki tahun ke-14 penganjurannya sebagai acara wajib di ibu kota hasil kerjasama strategik Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Majlis pelancaran yang disempurnakan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man menyaksikan semangat kebersamaan yang cukup jitu.

Ketua Setiausaha MOTAC Dato’ Shaharuddin Abu Sohot dalam ucapannya berkata bahawa Iftar Ramadan 2026 bukan sekadar acara berbuka puasa beramai-ramai malah merupakan manifestasi keharmonian rakyat berbilang kaum serta platform mengangkat warisan budaya Islam sebagai produk pelancongan minat khas yang mampu menarik pelancong domestik dan antarabangsa.

Penganjuran tahun ini berlangsung dalam dua fasa utama iaitu pada 28 Februari dan 1 Mac, disusuli hujung minggu kedua pada 14 dan 15 Mac.

-AA-

Tinggalkan komen anda