
Laporan/foto: Yusuf Ahmad/Mohd Hazdlie Lipok (Tanjung Manis)
TANJUNG MANIS, 1 Mac (MalaysiaAktif) – Timbalan Menteri Perancang Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh meluangkan masa menyantuni kariah Masjid Darul Arqam Belawai dalam majlis penyampaian sumbangan sempena bulan Ramadan, petang kelmarin.
Majlis menyaksikan penyerahan RM2,000 kepada tabung masjid bagi menyokong aktiviti keagamaan dan pengurusan masjid sepanjang bulan al-Mubarak.
Sumbangan diterima secara rasmi oleh Pengerusi Masjid Belawai Zakaria Mual yang menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas keprihatinan Datuk Len Talif terhadap kebajikan kariah.
“Kami amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Datuk kerana sentiasa peka dengan keperluan kami. Sumbangan ini pastinya akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk aktiviti imarah masjid,” ujarnya.
Turut hadir Pegawai Daerah Tanjung Manis Ismail Kasah serta barisan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di bawah pentadbiran kawasan Tanjung Manis.
-RJ-





