Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Majlis Berbuka Puasa, Badudun Kampung Sembiling Perkukuh Komuniti

By 1 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Muhamad Rizal Sabtu (Sarawak)

LIMBANG, 1 Mac (MalaysiaAktif) – Majlis Berbuka Puasa dan Program Badudun Ramadan Exco Pemuda PBB Negeri Sarawak 2026 berjaya menghimpunkan komuniti setempat di Surau Nurul Azmi Kampung Sembiling, kelmarin.

Abdul Rahman menyampaikan ucapan perasmian Majlis Berbuka Puasa dan Badudun Ramadan di Surau Nurul Azmi, Kampung Sembiling.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail hadir menyempurnakan acara tersebut.

Beliau menyantuni komuniti setempat sepanjang majlis berlangsung.

Menurut beliau, kejayaan majlis itu mencerminkan semangat perpaduan dan kebersamaan yang menjadi teras keharmonian penduduk Kampung Sembiling.

Beliau berkata, majlis itu turut menjadi platform untuk menyantuni golongan memerlukan dan mengeratkan hubungan antara rakyat dengan pemimpin setempat.

Ujar beliau lagi, Ramadan bukan sahaja bulan ibadah seperti puasa dan solat tarawih, tetapi juga menjadi platform melatih rohani yang membentuk disiplin, kejujuran dan tanggungjawab.

“Tahniah dan terima kasih kepada penganjur dan pengurusan surau ini kerana acara ini berjaya menghimpunkan komuniti setempat dengan pemimpin dalam suasana penuh penghayatan selaras dengan aspirasi menjadikan Ramadan sebagai saluran membentuk jiwa dan memperkukuh sahsiah,” tambah beliau.

Sesi tazkirah ringkas penuh iktibar disampaikan Mohamad Khairul Keranaini, kelmarin.

Program tersebut diisi dengan acara kerohanian termasuk majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih yang dipimpin Imam Bahagian Limbang, Abdul Rahman Iqbal Aldi.

Sesi tazkirah ringkas penuh iktibar disampaikan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (JAIS) Bahagian Limbang, Mohamad Khairul Keranaini.

Penganjuran program mencerminkan keprihatinan pihak penganjur dan pengurusan surau terhadap pembangunan sahsiah komuniti setempat.

Ia bertujuan membina daya tahan moral dan membentuk peribadi unggul dalam menggalas tanggungjawab kepada agama, bangsa, dan negara.

-RJ-

Tinggalkan komen anda