Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Paso Singgit Ringankan Beban Nelayan Asnaf Mersing

By 2 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Hanif Ahmad/Nur Faradila Mohamad (Mersing)

MERSING, 2 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 100 nelayan asnaf di daerah ini menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Paso Singgit di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Mersing, semalam.

Melalui inisiatif tersebut, penerima berpeluang mendapatkan lebih 50 jenis barangan keperluan harian pada harga RM1 setiap satu.

Nur Zalifah membawa barangan keperluan asas serta sejadah dan al-Quran yang dibelinya dengan harga RM1.

Program anjuran Malaysian Relief Agency (MRA) Johor itu bertujuan meringankan beban kos sara hidup komuniti nelayan yang berdepan ketidaktentuan pendapatan, khususnya ketika musim Monsun Timur Laut (MTL) dan menyambut Ramadan.

Pengerusi MRA Johor Siti Zubaidah Samat berkata, kutipan RM1 yang dikenakan adalah sebagai tanda komitmen penerima, manakala hasil jualan akan disalurkan semula kepada komuniti setempat melalui pelaksanaan pelbagai program kebajikan.

Menurut Siti Zubaidah, kesemua barangan yang merupakan hasil sumbangan orang ramai dan penyumbang tetap MRA habis terjual dalam tempoh kurang dua jam dengan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak RM3,026.

Antara barangan yang ditawarkan termasuk beras, telur, ayam mentah, barangan runcit, pakaian serta kelengkapan ibadah seperti telekung, sejadah dan al-Quran.

-RI

Tinggalkan komen anda