Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Gema Sahur 2026 Meriahkan Ramadan di FELDA Bukit Goh

By 3 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farah (Kuantan)

KUANTAN, 3 Mac (MalaysiaAktif) – Program Gema Sahur 2026 anjuran komuniti FELDA Bukit Goh dan Taman Bukit Goh Perdana berlangsung meriah dengan penyertaan penduduk setempat yang menyertai konvoi sahur, di sini kelmarin.

Penduduk terlibat mengambil juadah sahur yang disediakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Goh Ahmad Faizal Ramli berkata program kali pertama yang diadakan di kawasan tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk.

“Program ini bertujuan menghidupkan suasana sahur dengan alunan selawat dan paluan kompang sekali gus menyemarakkan bulan Ramadan.

“Kita berharap ia dapat diteruskan sebagai acara tahunan bagi mengimarahkan Ramadan,” katanya.

Aktiviti sahur bersama selepas selesai berkonvoi.

Peserta berkumpul seawal 4 pagi di pintu gerbang sebelum diberikan taklimat konvoi dan keselamatan seterusnya memulakan pergerakan menuju ke masjid bagi mengadakan sahur bersama.

Konvoi berakhir di masjid dengan sahur bersama diikuti solat subuh berjemaah serta sesi tazkirah ringkas sebelum bersurai.

Program seumpama ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim dalam kalangan komuniti, malah menggalakkan penghayatan sunnah serta memupuk semangat kebersamaan sepanjang Ramadan.

-RI

Tinggalkan komen anda