Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Chap Goh Mei Lundu Semarak Perpaduan Komuniti

By 4 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Indah Putra/Aishah (Sarawak)

LUNDU, 4 Mac (MalaysiaAktif) – Sambutan Chap Goh Mei di Lundu malam tadi berlangsung meriah dengan perarakan kenderaan berhias sejauh empat kilometer yang disertai 38 kontinjen daripada persatuan, kampung dan sekolah jenis kebangsaan Cina.

Eric Phua berkata penyertaan kontinjen pada perarakan Sambutan Chap Goh Mei tahun ini amat memberangsangkan di Lundu, malam tadi.

Acara tahunan bermula jam 7 malam itu menarik kehadiran masyarakat pelbagai kaum sekali gus menyerlahkan keharmonian serta perpaduan komuniti setempat.

Ahli Persatuan Chung Hua Lundu, Eric Phua berkata penyertaan kontinjen tahun ini amat memberangsangkan dengan perarakan mengelilingi Pekan Lundu.

“Perarakan ini merupakan acara tahunan yang sentiasa mendapat sambutan meriah dan kesinambungan tradisi ini membuktikan semangat muhibah melalui penyertaan pelbagai kaum serta kehadiran masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Ketua Kaum Kampung Seketi Cina, Lim Ted Hong berkata sambutan yang diadakan dalam bulan Ramadan tidak menimbulkan sebarang isu sensitiviti.

“Sambutan ini mencerminkan penghormatan terhadap kepelbagaian kaum dan keunikan etnik di Lundu,” katanya.

Rufaizah Bujang berkata sambutan Chap Goh Mei pada bulan Ramadan berjalan lancar tanpa isu serta menyerlahkan keunikan etnik.

“Sambutan Chap Goh Mei yang diadakan dalam bulan Ramadan tidak menimbulkan sebarang isu atau sensitiviti dan ini dilihat sebagai manifestasi penghormatan terhadap kepelbagaian kaum dan keunikan etnik di Lundu,” ujar salah seorang pengunjung awam, Rufaizah Bujang, 54.

Selain perarakan, gerai makanan tradisional dan cenderahati turut disediakan bagi memberi peluang kepada pengunjung menikmati juadah tempatan serta membawa pulang kenangan kreatif.

-RJ-

Tinggalkan komen anda