Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Ikatan Kasih MADANI Wilayah KETENGAH Wadah Memperkukuh Ukhuwah Komuniti

By 5 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini (Terengganu)

DUNGUN, 5 Mac (MalaysiaAktif) –Penganjuran Program Ikatan Kasih MADANI Wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) merupakan manifestasi komitmen berterusan agensi itu dalam memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan komuniti selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, kata Pengerusinya Dato’ Rozi Mamat.

Rozi Mamat ketika menyampaikan ucapan perasmian.

“Program ini amat bermakna kerana ia menjadi wadah memperkukuh ukhuwah, merapatkan hubungan silaturahim serta menyemai semangat kebersamaan antara KETENGAH dan masyarakat wilayah KETENGAH,” katanya ketika merasmikan program tersebut, di sini kelmarin.

Menurutnya, program ini bukan sahaja memberi manfaat secara langsung kepada penerima, malah mencerminkan semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial yang menjadi tunjang Malaysia MADANI.

Orang ramai yang hadir di Program Ikatan Kasih MADANI, Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun.

Program bersempena Ihya Ramadan Tahun 2026 di Balai Orang Ramai, Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) merangkumi penyampaian sumbangan Ramadan kepada 3,200 penerima terdiri daripada golongan asnaf, pesakit terlantar dan orang kurang upaya (OKU).

“Sebagai agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), KETENGAH sentiasa komited memainkan peranan dalam memperkasa masyarakat luar bandar khususnya di wilayah tengah Terengganu dan menjadi platform penting dalam menyantuni masyarakat serta memperkukuh hubungan silaturahim antara agensi dan komuniti setempat.” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda