Skip to main content
Berita TempatanSabah

Program CSR Perkasa Peranan NGO Dalam Komuniti Semporna

By 6 Mac 2026Mac 8th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Priscilla Chong/Asrul Affendi Safie/Naif Rajamu (Semporna)

SEMPORNA, 6 Mac (MalaysiaAktif) – Pengedar gas petroleum cecair (LPG) Petronas di daerah Semporna dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan serta NGO mengambil inisiatif menjadikan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai platform menyemai nilai keprihatinan sosial dan semangat sukarelawan dalam kalangan masyarakat setempat.

Penyediaan bubur lambuk dilakukan secara gotong-royong oleh wakil pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sempena Program Bubur Lambuk Mega di Semporna.

Pengurus Syarikat Hijratul Gas Semporna Rusminah Abdul Halim berkata Program Bubur Lambuk Mega yang dianjurkan sempena bulan Ramadan itu turut meningkatkan kesedaran masyarakat untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

“Program ini dilaksanakan bagi menyantuni masyarakat setempat selain mengeratkan hubungan kerjasama antara syarikat, agensi kerajaan, NGO dan komuniti,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan di sini pada Khamis.

“Pihak kami berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi menggalakkan budaya saling membantu serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam komuniti,” katanya.

Penyediaan bahan mentah bubur lambuk dilakukan secara gotong-royong oleh wakil agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sempena Program Bubur Lambuk Mega di Semporna.

Mewakili pihak penganjur, beliau berkata program berkonsepkan CSR itu diharapkan dapat dijadikan sebagai tradisi di daerah Semporna dan dilaksanakan secara konsisten demi membentuk komuniti yang sejahtera.

“Inisiatif ini mencerminkan nilai keprihatinan, semangat berkongsi rezeki dan sikap saling membantu dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Program tersebut melibatkan pengagihan sebanyak 6,000 bungkus bubur lambuk kepada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, golongan asnaf dan rumah anak yatim selain turut diedarkan ke beberapa masjid dan surau sekitar daerah Semporna.

-RJ-

Tinggalkan komen anda