Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Inisiatif Sejahtera MADANI: 22 Individu Terima Bantuan Motosikal Tingkat Ekonomi

By 7 Mac 2026Mac 8th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur/Mohammad Ezwandi (Perak)

IPOH, 7 Mac (MalaysiaAktif) – Kerajaan terus memperkasakan golongan memerlukan menerusi Inisiatif Sejahtera MADANI dengan penyerahan bantuan peralatan sokongan bagi membantu meningkatkan pendapatan dan memudahkan urusan harian rakyat.

Sesi bergambar bersama-sama pemimpin tempatan dan penerima.

Dalam Majlis Penyerahan Motorsikal Di Bawah Inisiatif Sejahtera MADANI yang berlangsung di Dewan Komuniti Sungai Tapah, di sini semalam, sebanyak 22 unit motosikal telah diserahkan kepada penerima yang tersenarai di bawah kategori eKasih setiap seorang.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata pemilihan penerima dibuat oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) berdasarkan penilaian teliti terhadap kegiatan ekonomi dan keperluan semasa mereka.

“Bantuan motosikal ini bertujuan untuk memudahkan pergerakan dan membantu mereka menjana pendapatan, terutamanya bagi mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilan tetapi tidak memiliki kenderaan sendiri,” katanya dalam sidang media selepas majlis tersebut.

Mahanin tidak dapat menahan sebak ketika ditemu bual.

Bagi salah seorang penerima Mahanin Abdul Hamid, 47, bantuan ini merupakan satu ‘rezeki yang tidak disangka’ selepas beliau ditimpa musibah sakit terlantar yang menyebabkan kehilangan sumber pendapatan.

“Semenjak saya ditimpa musibah sakit terlantar, saya hilang sumber pendapatan. Kenderaan yang sedia ada pula ditarik, sedangkan itulah yang saya gunakan untuk mencari rezeki dan membawa adik ulang-alik ke hospital untuk rawatan dialisis.

“Terima kasih banyak-banyak kepada PMX (Perdana Menteri Dat’ Seri Anwar Ibrahim) kerana membantu saya keluar daripada permasalahan dan kemiskinan tegar ini. Syukur Alhamdulillah, tak terucap ribuan terima kasih,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Perak Mazlan Zurin Zulkifli dan Penghulu Besar Dr. Mohd Sani Kamaruddin.

-RI

Tinggalkan komen anda