Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Bantuan Kasih Johor Ringankan Beban, Bawa Sinar Aidilfitri

By 10 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shazreen Suradi (Muar)

MUAR, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ) terus menjadi manifestasi keprihatinan kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan rakyat dan penjawat awam terbela khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menteri Besar Johor Dato’ Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan negeri sentiasa komited memperkasakan pelbagai inisiatif bantuan termasuk Bantuan Bangsa Johor bagi memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima manfaat pembangunan negeri.

Ketua-ketua Kampung dalam DUN Maharani bergambar bersama Menteri Besar Johor selepas menerima sumbangan BKJ.

“Komitmen kami adalah untuk memastikan kemakmuran negeri ini dirasai oleh semua lapisan masyarakat menerusi agihan bantuan yang saksama,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Nurul Iman, Parit Bakar, di sini semalam.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan BKJ kepada penerima yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sebagai simbolik sokongan padu pentadbiran negeri.

Menurut Ketua Kampung Sri Jong, Asnan Khanaf inisiatif tersebut bukan sekadar bantuan kewangan malah merupakan amanah untuk membantu anak buah di kawasannya.

“Saya berhasrat menggunakan bantuan ini untuk membeli barangan keperluan dapur bagi disumbangkan semula kepada golongan fakir dan memerlukan di kampung saya. Ini adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

Menteri Besar Johor menyampaikan Bantuan Kasih Johor kepada penerima Penjawat Awam Persekutuan dalam DUN Maharani.

Penjawat awam Persekutuan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Muar Surianti Baharom, 43, menyifatkan pemberian BKJ kepada kakitangan Persekutuan sebagai satu sejarah dan penghargaan besar.

“Ini adalah kali pertama kami (penjawat awam Persekutuan) menerima BKJ. Ia sangat membantu menampung perbelanjaan persiapan raya keluarga. Saya berharap inisiatif murni ini dapat diteruskan pada masa hadapan,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda