Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Majlis Berbuka Puasa Raja DiHilir Perak Perkukuh Institusi Diraja

By 13 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Dasuki Dahaban (Kuala Kangsar)

SUNGAI SIPUT, 13 Mac (MalaysiaAktif) – Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Daerah Kuala Kangsar di Masjid Ar-Rahmaniah, Felda Lasah, di sini kelmarin.

Raja DiHilir Perak ketika menunggu waktu berbuka puasa di meja santapan.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Perak Dato’ Seri Saarani Mohamad.

Turut hadir Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen. Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi Zainuddin (Bersara), Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Dato’ Mohd Zolkafly Harun.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan tahlil sebelum baginda berkenan berbuka puasa bersama penduduk setempat serta menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Baginda juga berkenan menunaikan solat Isyak, solat sunat tarawih dan moreh bersama rakyat sebelum baginda berangkat pulang.

Ketibaan Saarani di Masjid Ar-Rahmaniah, Felda Lasah.

Sementara itu, Penghulu Mukim Pulau Kamiri Mohd Rizal Sahraduin, berkata keberangkatan tiba baginda membuktikan bahawa institusi diraja sentiasa dekat dengan rakyat dan menjadi simbol kepimpinan yang prihatin serta berjiwa rakyat.

“Ia turut mengukuhkan hubungan antara raja dan rakyat sekali gus mendaulatkan institusi diraja pada mata masyarakat. Menjunjung kasih ke atas Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak atas perkenan untuk berbuka puasa bersama warga Sungai Siput,” katanya kepada Malaysia Aktif.

-RI

Tinggalkan komen anda