Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Anak Perantau Pulang Beraya, Inap Desa Penuh Tempahan

By 13 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini

PADANG BESAR, 13 Mac (MalaysiaAktif) – Menjelang sambutan Aidilfitri, kepulangan anak perantau ke kampung halaman turut memberi tempias kepada sektor penginapan apabila tempahan inap desa di negeri Perlis dilihat meningkat dan penuh berbanding hari biasa.

Salah sebuah inap desa di negeri Perlis yang terletak di Lamanda Chuping, Lit-Lit Homestay, antara penginapan yang menerima tempahan penuh apabila ramai perantau memilih untuk menginap berhampiran kampung halaman mereka sempena musim perayaan.

Pemiliknya Hanif Hashim, 34, berkata tempahan bagi musim perayaan kali ini diterima dua hingga tiga bulan lebih awal apabila pelanggan mula merancang perjalanan pulang beraya bersama keluarga menjelang Syawal.

Suasana penginapan di inap desa yang selesa dan lengkap seperti berada di rumah sendiri.

“Majoriti tetamu yang membuat tempahan terdiri daripada anak perantau yang pulang beraya di kampung sekitar kawasan homestay (inap desa) ini.

“Suasana yang selesa menjadikan homestay ini sesuai untuk percutian keluarga, urusan kerja mahupun majlis kenduri,” katanya kepada Malaysia aktif, baru-baru ini.

Beliau turut memanfaatkan penggunaan platform tempahan digital bagi memudahkan pengurusan pelanggan.

“Saya menguruskan tempahan melalui aplikasi Booking.com kerana sistemnya lebih teratur dan memudahkan pengurusan tempahan pelanggan,” ujarnya.

-RI

Tinggalkan komen anda