Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Mesin Boom Sprayer Tingkat Kecekapan Tanaman Nanas

By 14 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shah Hood/Facebook Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

PONTIAN, 14 Mac (MalaysiaAktif) – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mengadakan demonstrasi penggunaan mesin Boom Sprayer bagi kawasan tanah gambut untuk tanaman nanas di Ladang BPTN Alor Bukit, Pekan Nanas, semalam.

Persiapan akhir dilakukan oleh pasukan LPNM sebelum memulakan sesi demonstrasi Boom Sprayer di ladang nanas tanah gambut

Program tersebut dihadiri Ketua Pengarah LPNM, Mohd Khairuzamri M. Salleh bersama pegawai-pegawai LPNM serta pihak berkaitan bagi melihat secara langsung penggunaan teknologi mekanisasi dalam pengurusan ladang nanas.

Menurutnya, penggunaan mesin Boom Sprayer mampu meningkatkan kecekapan kerja terutama bagi aktiviti semburan pembajaan dan kawalan rumpai di kawasan ladang nanas tanah gambut.

“Teknologi ini bukan sahaja mempercepatkan proses kerja ladang, malah berpotensi mengurangkan kos operasi serta membantu meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan penanam nanas,” katanya.

Kenangan bersama pegawai-pegawai LPNM selepas sesi demonstrasi di Ladang BPTN Alor Bukit, Pekan Nanas

Tambahnya lagi, penggunaan mekanisasi dalam sektor pertanian penting bagi memastikan industri nanas negara terus berkembang secara lebih moden, efisien dan mampan.

Inisiatif demonstrasi tersebut juga selaras dengan komitmen LPNM dalam memperkukuhkan pembangunan industri nanas negara melalui penerapan teknologi moden serta amalan mekanisasi pertanian dalam kalangan pengusaha nanas.

-AA-

Tinggalkan komen anda