Skip to main content
Berita TempatanSarawak

163 Pelajar Baleh Terima Insentif BEF Berjumlah RM202,500

By 15 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Budin Gumbang/Daniel Jong (Kapit)

KAPIT, 15 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 163 pelajar dari kawasan Baleh yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara menerima bantuan kewangan daripada Tabung Pendidikan Baleh (BEF) berjumlah keseluruhan RM202,500, kelmarin.

Sumbangan tersebut melibatkan tiga kategori, iaitu 84 penerima sijil yang menerima RM500 seorang, 37 penerima diploma (RM1,500 seorang) dan 42 penerima ijazah (RM2,500 seorang).

Wilson berharap insentif yang diberikan itu dapat mendorong mereka menjadi sebahagian daripada penggerak projek mega di Baleh.

Pengerusi BEF yang juga Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata insentif secara one-off itu bertujuan memberi motivasi kepada anak muda tempatan untuk terus melanjutkan pengajian sehingga ke menara gading.

“Kawasan Baleh kini sedang membangun dengan projek mega seperti Empangan Baleh dan Empangan Melata Sungai Gaat yang memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi,” katanya semasa majlis penyampaian bantuan itu di sebuah restoran di sini semalam.

Tambah Wilson, dana BEF turut mendapat sokongan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada Sarawak Energy Berhad (SEB).

Elma menyatakan insentif yang diterimanya itu dapat dijadikan pemula tabung simpanannya.

Menurutnya, bantuan tersebut dikhususkan kepada pelajar yang mempunyai ibu bapa atau penjaga berasal dari kawasan Baleh.

Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Elma Christhie Sitagang, 20, berkata insentif itu membantu menampung perbelanjaan sepanjang pengajian

“Dengan insentif ini saya boleh gunakan untuk membeli makanan, bahan keperluan belajar serta dijadikan permulaan tabung simpanan,” katanya.

Seorang lagi penerima Eddellius Russel Nuri, 20, berkata bantuan itu akan dimanfaatkan sebagai persediaan menyambung pengajian ke universiti.

“Insentif ini akan saya gunakan sebagai persediaan untuk menyambung pengajian ke universiti tidak lama lagi,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda