Skip to main content
KelantanBerita TempatanBerita Timur

Jualan Rahmah Meriah Menjelang Aidilfitri, Penebusan SARA Jadi Tumpuan Penduduk

By 15 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farzliana Abdul Ghaffar (Bachok)

BACHOK, 15 Mac (MalaysiaAktif) – Jualan Rahmah yang dianjurkan di Perpustakaan Desa Kampung Permatang Piah, semalam menerima sambutan menggalakkan apabila lebih 500 pengunjung hadir bagi mendapatkan barangan keperluan harian dan juga untuk persiapan Aidilfitri.

Penebusan SARA di Jualan Rahmah lancar dan tidak perlu beratur terlalu lama.

Program berkenaan menjadi tumpuan apabila majoriti pengunjung hadir bagi menebus Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang ternyata membantu meringankan beban perbelanjaan menjelang perayaan.

Menurut Panel Penasihat Perpustakaan Desa Juhari Abdullah, 55, penganjuran Jualan Rahmah bertujuan memudahkan penduduk setempat mendapatkan barangan keperluan dengan harga berpatutan tanpa perlu ke bandar.

“Penduduk tidak perlu bergerak jauh dan dapat menebus SARA di kawasan komuniti sendiri, sekali gus menjimatkan masa dan kos,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Suasana di tapak jualan kelihatan meriah dengan pengunjung beratur bagi membeli barangan asas serta kelengkapan Aidilfitri.

Normaliana bersama ibu beliau menebus SARA mereka untuk membeli barangan keperluan Aidilfitri.

Seorang pengunjung, Normaliana Ramli, 30, berkata bantuan SARA amat bermakna dalam membantu keluarganya membuat persiapan perayaan.

“Saya bersyukur kerana bantuan ini dapat digunakan lebih awal untuk membeli barangan keperluan Aidilfitri bersama ibu saya, dan ia benar-benar meringankan beban kami,” katanya.

Penebusan SARA yang tinggi pada Jualan Rahmah ini mencerminkan amalan perbelanjaan berhemah komuniti setempat dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.

-RI

Tinggalkan komen anda