Skip to main content
KelantanBerita TempatanBerita Timur

Bazar Raya NADI Meriahkan Suasana Aidilfitri di Bukit Tandak

By 15 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad (Pasir Mas)

RANTAU PANJANG, 15 Mac (MalaysiaAktif) – Bazar Raya NADI yang menghimpunkan usahawan tempatan dan komuniti setempat dalam satu platform ekonomi dan sosial di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bukit Tandak, di sini menambah kemeriahkan persediaan menyambut Aidilfitri.

pemeriksaan kesihatan juga disediakan.

Program yang diadakan serentak dari 9 pagi hingga 5 petang di NADI seluruh negara semalam merupakan sebahagian daripada inisiatif Bazar Raya NADI yang bertujuan membantu usahawan kecil mempromosikan produk serta meningkatkan pendapatan menjelang musim perayaan.

Di Bukit Tandak, program ini melibatkan puluhan usahawan tempatan yang memanfaatkan kemudahan NADI bagi memperluas pasaran.

Rohaida (kanan) bersama peniaga yang turut serta dalam Bazar Raya NADI.

Menurut Pengurus NADI Bukit Tandak Rohaida Zahari, bazar tersebut menampilkan pelbagai jualan menarik termasuk kuih raya, aksesori, pakaian, makanan tradisional serta produk keusahawanan tempatan.

“Kehadiran pengunjung dari sekitar Rantau Panjang dan kawasan berhampiran turut memeriahkan suasana bazar.

“Penganjuran Bazar Raya NADI membuktikan peranan pusat komuniti sebagai pemangkin pembangunan ekonomi setempat serta pengukuh hubungan masyarakat luar bandar menjelang Aidilfitri,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda