Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Juh Sungkei@Pantai Belawai Himpun 300 Warga Tanjung Manis

By 17 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusuf Ahmad (Tanjung Manis)

TANJUNG MANIS, 17 Mac (MalaysiaAktif) – Hampir 300 warga Tanjung Manis dan kawasan sekitarnya berhimpun bagi menjayakan program ‘Juh Sungkei’ @ Belawai Beach yang memasuki tahun kedua penganjurannya di pesisir Pantai Belawai, kelmarin.

Program berbuka puasa di tepi pantai itu menjadi platform mengeratkan silaturahim komuniti setempat di samping menghayati keberkatan bulan Ramadan dalam suasana santai dan harmoni.

Pegawai Daerah Tanjung Manis, Ismail Kasah (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Yusuf yang telah menyempurnakan Program Juh Sungkei @ Belawai Beach, semalam.

Satu Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri 2026 turut diadakan di hadapan Pejabat Daerah Tanjung Manis Lama sebelum acara berbuka puasa bermula.

Ahli Parlimen Tanjong Manis Dato Ir Yusuf Abd Wahab bersama ketua-ketua jabatan serta pemimpin masyarakat turun padang mengagihkan 100 unit bubur pedas dan buah kurma kepada orang ramai dalam kempen tersebut.

Pengalaman berbuka puasa dengan latar belakang deruan ombak dan pemandangan matahari terbenam di Pantai Belawai memberikan kenangan yang cukup istimewa bagi para pengunjung.

Hazirah memberitahu dirinya berasa seronok kerana dapat berbuka di tepi pantai dan menikmati keindahan pemandangan pantai pada program Juh Sungkei @ Belawai Beach.

Pengunjung, Hazirah Syafiqah Zebidi, 26, berkata ini merupakan kali pertama beliau berbuka puasa di tepi pantai dalam majlis seperti itu.

“Suasana sangat seronok dengan angin sejuk, pemandangan matahari terbenam yang indah serta kemeriahan bunga api.

“Bagaimanapun, saya berharap agar kemudahan berwuduk dan mencuci tangan dapat disediakan lebih dekat dengan kawasan meja makan pada masa hadapan bagi meningkatkan keselesaan pengunjung,” katanya.

Pengunjung, Allizah Affandi, 59, menyifatkan penambahbaikan kemudahan asas itu penting bagi kemudahan orang ramai yang hadir.

-RJ-

Tinggalkan komen anda