
Laporan/foto: Salleh Immun/Tarmizi Karnain (Mukah)
MUKAH, 18 Mac (MalaysiaAktif) – Sembilan Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian menerima Geran Aktiviti Berjumlah RM27,000 pada Program Santuni Kasih Ramadan 1447H di Surau Darul Ibadah Kampung Sungai Alo semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi berkata masjid dan surau bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah malah menjadi pusat penyatuan masyarakat serta tempat menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan.
Beliau turut menyampaikan Bakul Kasih Ramadan kepada 50 asnaf di sekitar kawasan Balingian pada majlis tersebut.
Pada majlis sama turut diadakan Majlis Berbuka Puasa dan Khatam Al-Quran.
Abdul Yakub menegaskan al-Quran merupakan panduan hidup lengkap yang membimbing umat ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat.
“Saya berharap agar amalan membaca dan mentadabbur al-Quran ini dapat diteruskan walaupun selepas berakhirnya Ramadan,” katanya pada majlis berkenaan.
-RJ-





