Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Pasar Sentral Sarikei Kekal Nadi Ekonomi Tumpuan Penduduk

By 18 Mac 2026Mac 25th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Magdellina Alfred Jeho/Christopher Janting/Collin Kumar (Sarikei)

SARIKEI, 18 Mac (MalaysiaAktif) – Pasar Sentral Sarikei terus menjadi nadi ekonomi bandar ini dengan menawarkan pelbagai hasil tani segar serta barangan tempatan.

Siti Fatimah merupakan antara peniaga lama yang telah beroperasi di Pasar Sentral Sarikei sejak 30 tahun lalu.

Terletak di pusat bandar, pasar ini merupakan lokasi utama penduduk mendapatkan keperluan harian seperti nanas premium serta buah-buahan tropika.

Pengunjung juga boleh mendapatkan bekalan sayur-sayuran segar, ikan sungai serta pelbagai jenis makanan laut di sini.

Seorang penjaja, Siti Fatimah Abdullah, 65, berkata Pasar Sentral merupakan sumber rezeki utama beliau sejak lebih 30 tahun lalu.

“Saya mula menjual hasil tani di sini bermula dari lokasi lama di Taman Merdeka sebelum berpindah ke Jalan Wharf,” katanya kepada MalaysiaAktif hari ini.

Pelbagai kuih tradisional, kek serta produk tempatan turut dijual sekali gus menjadikan pasar ini pusat pertemuan komuniti setempat.

Suasana pasar menjadi lebih meriah menjelang musim perayaan terutama Aidilfitri dengan jualan kuih raya serta barangan keperluan.

Pasar Sentral Sarikei turut menawarkan pelbagai pilihan makanan laut segar selain hasil tani serta barangan keperluan harian yang lain.

Keadaan ini bukan sahaja merancakkan ekonomi tempatan malah mengeratkan hubungan antara peniaga dengan pengunjung.

Kepelbagaian barangan segar serta suasana mesra menjadikan pasar tersebut tumpuan utama masyarakat dari dalam dan luar daerah.

Pasar Sentral Sarikei bukan sekadar tempat membeli-belah tetapi turut mencerminkan gaya hidup serta budaya masyarakat tempatan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda