Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Tugu Pahlawan Sibu Abadikan Jejak Perjuangan Rosli Dhobi

By 18 Mac 2026Mac 25th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Norhasmin (Sibu)

SIBU, 18 Mac (MalaysiaAktif) – Tugu Pahlawan Sibu yang berdiri megah setinggi 30 meter di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II menjadi simbol sejarah yang menghidupkan kembali detik perjuangan menentang penjajahan di Sarawak.

Tugu tersebut dibina kira-kira 20 meter dari lokasi sebenar pejuang muda Rosli Dhobi menikam Gabenor British kedua Duncan Stewart pada 4 Disember 1949.

Izkandar Roseley memberitahu pembinaan Tugu Pahlawan Sibu bertujuan menzahirkan bahawa Sibu juga mempunyai tokoh pahlawan yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Mohammed Abdullah Izkandar Roseley berkata pembinaan tugu itu bertujuan menzahirkan bahawa Sibu mempunyai tokoh pahlawan kemerdekaan yang hebat.

“Tugu Pahlawan Sibu bukan sekadar monumen, tetapi lambang semangat perjuangan Rosli Dhobi dan rakan-rakannya dalam menentang penjajah British,” katanya kepada MalaysiaAktif kelmarin.

Izkandar memberitahu sambutan Hari Pahlawan 2026 turut dicadangkan untuk diadakan di kawasan bersejarah tersebut.

Keunikan tugu ini terserlah melalui paparan replika warkah terakhir tulisan tangan Rosli Dhobi sebelum beliau dihukum gantung pada 2 Mac 1950.

Kandungan surat tersebut memberi kesan mendalam kepada pengunjung sekali gus mengingatkan masyarakat tentang harga sebuah kebebasan.

Kawasan sekitar tugu turut dihiasi landskap hijau oleh Majlis Perbandaran Sibu dengan pelbagai spesies tumbuhan bagi mewujudkan suasana riadah yang kondusif.

Tugu ini turut didedikasikan kepada rakan seperjuangan Rosli Dhobi dalam kumpulan Rukun 13 termasuk Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Mohd Deli dan Bujang Suntong.

Mirza berpendapat kewujudan tugu itu penting sebagai peringatan kepada generasi akan datang tentang pengorbanan pejuang terdahulu.

Penghargaan juga diberikan kepada pejuang lain yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua serta Konfrontasi Indonesia-Malaysia melalui monumen tersebut.

Ketua Masyarakat Kampung Bahagia Jaya Teku Mirza Mohamad, 47, berkata kewujudan tugu ini penting sebagai peringatan kepada generasi muda tentang pengorbanan wira terdahulu.

“Tugu ini bukan sahaja memperingati jasa mereka malah menyemai semangat patriotisme agar sejarah perjuangan tidak dilupakan,” katanya lagi.

-RJ-

Tinggalkan komen anda